Saturday, June 18, 2011

Selamat Hari Bapa



Dikala Kawan-kawanku sedang menyambuat Hari Bapa, Tiba-tiba aku terasa dimanakan tempat utk aku meyambut dan mengucapkan perkataan 'selamat hari bapa' arghhh xpe la.. aku da xde bapa atau ayah hanya boleh kukirimkan Al-Fatihah Dan Iringan Doa Agar Beliau Aman Disana.

Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya. Sejak suara tangisnya yang pertamaku, sejak ku laungkan azan di telingaku, dia begitu mengasihiku. Ya, aku adalah permata hatinya. Namun, dia bukan selamanya milikku….

Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanan aku kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya utk dia pergi selamanya. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kehidupan? Maafkan aku wahai ayah…. Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!

Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjagaku sepenuh hati. Sejak bertatih, dia melihat jatuh bangunku tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti? Aku jauh……bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.

Cinta bukan bereti mengikat… tetapi melepaskan, membebaskan. Kau umpama ayah burung, yg mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Mencari seuap nasi utk aku dan keluarga

Namun… hati ayah…. Hati abah… pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak… terlalu laju untuk dipaku.

Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di masih dalam buaian mimpi Atau aku hanya akan menjadi suatu dongeng dan khayalanku? Bukan, bukan aku tidak redha akan pemergiaan, cuma masih terlalu awal utk aku kehilangan org yg penting bagi aku untuk mendidik diriku.

Namun, ketika usia mula menjadi angka dua, aku pasti semakin sepi…… aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.

Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu.

Doaku mengiringi setiap dialam baru ayah disana nanti. Moga engkau aman disana nanti wahai ayah. Sesuaikanlah Dirimu itu dengan alam dan kehidupan baru yg jauh berdeza dgn alam yg telah kau tinggalkan ini. Mungkin Allah Mengambilkan dia dahulu kerana mahu merehatkan ayah kerana telah sebelum ini ayah telah penat untuk mendidik dan membesarkan aku.

Terima kasih ayah.. walaupon belum sempat aku membalas jasa-jasamu. Engkau telah dipilih pergi dahulu dan meninggalkan kami sekeluarga. Setiap Doaku kirimkan agarkau aman disana. Tugas-tugas kau mula beralih arah kepada Isteri engkau, Untuk mendidik, menjaga dan sekali gus menjadi ketua keluarga untuk aku tiga beradik.

Terima kasih Ayah, Terimia Kasih Mak, Semoaga Aku Akan Menjadi Anak Yg Terbaik Didunia Dan Akhirat.

No comments:

Post a Comment